CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

19 Ogos 2009



RockYou FXText

SlideShow

17 Ogos 2009

Sepanjang aktiviti...

Inspirasi

Sukar digambarkan dengan kata-kata betapa teruja dan seronoknya mengharungi pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di Hutan Lipur Sungai Sedim Kulim Kedah.

Terutamanya dalam cabaran berakit dan berkayak di arus deras yang popular sejak tahun 1970an lagi. Populariti sukan ini semakin meningkat apabila tersenarai sebagai salah satu acara dalam sukan Olimpik Munich, Jerman Barat pada tahun 1970an.Acara ini turut dipertandingkan dalam temasya sukan-sukan utama seperti Sukan Olimpik Barcelona 1992 dan Sukan Olimpik Atlanta 1996. Pengiktirafan ke atas sukan ekstrem ini tidak berakhir begitu sahaja berikutan penubuhan International Federation of Rafting (Persekutuan Berakit Antarabangsa) pada tahun 1997.

Perjalanan penuh pengembaraan yang bermula beberapa hari yang lepas kini sudah tiba di penghujungnya.
Ketika langit mula kemerahan, kami meninggalkan Hutan Rekreasi Sungai Sedim dengan penuh kepuasan dan kegembiraan.

15 Ogos 2009

Ketika di Tree Top Walk


Video Klip Proses Pembinaan Jambatan & Aktiviti yang Disediakan

14 Ogos 2009

Hari terakhir..


Pada hari keempat adalah hari terakhir kami berada di hutan lipur tersebut. Kami telah dibawa ke suatu tempat yang diberi nama 'Tree Top Walk'. Seperti yang sedia maklum, Tree Top Walk merupakan salah satu tempat yang menarik di hutan lipur tersebut.

Udara pagi yang dingin lagi menyegarkan di bawah kanopi pepohon menghijau yang menjulang tinggi, sedikit sebanyak menjadi pemangkin kepada kami untuk menghadapi hari hari baru.

Terdapat jambatan gantung yang dibina sepanjang laluan hutan tersebut. Dari jambatan tersebut dapat lihat pelbagai jenis hidupan flora dan fauna yang tinggal di hutan tersebut. Pelbagai habitat hidupan yang ada disitu. Banyak pengalaman yang telah kami timba sewaktu berada di sana, terutama sekali tahap keyakinan saya semakin bertambah.

Hari ketiga...

Pada hari ketiga pula saya dan team-team anak-anak Negeri Sembilan melakukan Explorace di sekitar hutan pula.Tidak dinafikan terdapat banyak pacat serta lintah disekitar hutan tersebut erm...tambahan pula dengan keadaan kawasan yang lembap. Disamping itu, kami juga turut berpeluang mengetahui tentang selok-belok hutan tersebut dan jenis-jenis pokok-pokok dan terdapat pokok yang sudah berkurun lama usianya yang ada disitu.

Walaupun dibelenggu kepenatan, keterujaan untuk Explorace bersama rakan-rakan menguburkan segalanya. Keletihan itu di tolak ke tepi untuk meneruskan aktiviti yang telah lama dirancang.

Kawasan yang dilalui kadangkala redup dengan naungan pepohon menghijau yang tumbuh meliar di kawasan tersebut.

Mencabar !!


Hari Kedua...


Hari seterusnya pula saya dan team-team anak-anak Negeri Sembilan bangun seawal pagi lagi untuk bersedia melakukan aktiviti yang telah dijadualkan pada hari tersebut. Pada hari tersebut kami diminta untuk melakukan satu aktiviti yang sangat mencabar fizikal dan mental kami, iaitu berakit di arus deras (White Water Rafting) beserta BASE (BASE Jumping).

Erm..sudah tentu anda dapat membayangkan bagaimana mencabarnya aktiviti tersebut.Pelbagai rintangan yang kami tempuhi ketika berada di arus sungai yang deras. Kami juga turut dibekalkan dengan jaket keselamatan serta alatan yang diperlukan. Sepanjang aktiviti tersebut kami ditemani oleh beberapa orang yang mahir tentang aktiviti ini. Tidak dinafikan perasaan letih semasa melawan arus sungai yang deras sangat menguji kesabaran saya.

Jarak yang bakal ditempuhi sepanjang pengembaraan ini ialah kira-kira 15 kilometer.Terdapat sejumlah 24 jeram yang diberi nama-nama unik seperti Salak Drop, Wall Drop, Lower Head Dam, Rodeo Rapid dan Cyclone Hole.

Taklimat tentang cara yng betul untuk memakai jaket PFD dan topi keledar diberikan malah turut menyentuh tentang teknik pengendalian rakit yang diperbuat daripada lapisan getah dan fabrik vinil bermutu tinggi. Kami difahamkan bahawa setiap rakit yang lengkap dengan peralatan harganya mencecah lebih RM10,000.

Aliaran jeram yang bergelora beserta airnya yang deras dan bertahtakan batu-batu licin itu sememangnya menimbulkan keresahan kepada sesiapa pun.
Rakit yang dikendali dioleng keras kekiri dan kekanan. Malah rakit juga dilambung dan dihempas kuat, sehinggakan semua orang jadi tidak keruan dan ada kalanya hampir hilang kawalan. Terjunan airnya yang mencecah ketinggian kira-kira 6 meter dan dibahagian bawahnya terdapat air yang membuak-buak, seolah-olah tidak sabar menunggu 'mangsanya'.

Hari Pertama...

Sepanjang saya berada di sana pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan. Pada hari pertama lagi kami telah melakukan satu aktiviti yang sangat mencabar iaitu dinamakan "Water Confident" aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang dapat membentuk keyakinan diri dimana kami diminta untuk terjun ke dalam sungai pada ketinggian yang ditetapkan.Sesi ini membina keyakinan para peserta sewaktu berdepan saat-saat cemas. Seorang demi seorang dikehendaki terjun ke dalam jeram.

*Jaket PFD (Personal Flotation Device) membuatkan badan terus terapung dan hanyut mengikut aliran air.. kajian di negara-negara maju mendapati PFD mampu mengurangkan insiden lemas sehingga 85 peratus. Ia menjadi satu indikator betapa pentingnya alat penyelamat nyawa ini dipakai dalam setiap aktiviti air.

perasaan takut sudah semestinya menghantui diri saya..namun selepas melakukan aktiviti tersebut tahap keyakinan diri saya mula bertambah. Seolah-olah saya tidak sabar pula rasanya untuk menikmati aktiviti seterusnya pada hari tersebut..erm..

Tahukah Anda??

Antara tumbuhan utama di kawasan ini ialah Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking serta bersiar-siar, berkayak, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di sini. Hutan Lipur ini juga sesuai untuk beristirahat dan menikmati keindahan flora.

Hidupan di Hutan Lipur Sungai Sedim

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan pengangkutan sendiri atau teksi dari Bandar Kulim atau Pekan Karangan ataupun pekan Kuala Ketil.

Latar Belakang Hutan Lipur Sungai Sedim


Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti berkayak. Di sini juga tempat berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa. Antara aktiviti yang unik ialah mendaki gunung melalui denai hutan ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Gunung Bintang dan Banjaran Bintang.

Koleksi gambar-gambar...

Fakta


Setahun dua ini, dengan siapnya 'TREE TOP WALK Sedim' pula ianya menjadi pula pilihan buat penggemar menjamu mata menghayati keindahan alam dan kesegaran udara pada ketinggian 15 - 25 m dari aras sungai , berjalan dari dahan ke dahan melihat flora dan fauna. Makluman anda TREE TOP WALK Sedim , telah disahkan sebagai terpanjang didunia pada jarak 925m mengelilingi hutan.erm..

White Water Rafting


"Hutan Lipur Sungai Sedim"


Sungai Sedim terletak kira-kira 30km dari Bandar Kulim , yang merupakan salah satu daerah yang terletak di selatan negeri Kedah , yang bersempadan di sebelah barat Seberang Perai , Pulau Pinang (Penang) . Perjalanan ke Kampung Sedim mengambil masa kira-kira 30 minit.

Apa Yang Menarik Di Sedim???

Mari kita kongsi bersama. Bagi yang menginginkan kedamaian dan melupakan sebentar hiruk-pikuk kota, berkunjung ke Sedim adalah antara pilihan terbaik . Kesegaran udaranya, keindahan pokok-pokok hutan yang menghijau , sungai dan anak sungai yang berbatu dengan mempunyai pelbagai pilihan aktiviti rekreasi alam. Bagi yang minat memancing, berkelah bersama keluarga , berkayak di arus deras, berkhemah , atau sekadar datang merehatkan minda, pastinya mempunyai pelbagai pilihan tempat yang sesuai yang anda inginkan. Ini kerana, sungai sedim mempunyai beberapa pecahan anak sungai yang memberikan pelbagai pilihan buat anda bagi memenuhi kriteria aktiviti yang ingin anda jalankan..

Pengalamanku...


Hai..semua..
Beberapa bulan yang lepas saya dan team anak-anak Negeri Sembilan telah membuat satu aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Sungai Sedim Kulim Kedah.
Kami semua berasa teruja untuk menikmati kehijauan di hutan lipur tersebut. Pelbagai cerita yang menarik dan maklumat yang ingin saya kongsikan bersama anda semua dan sudah semestinya ianya sangat menarik dan penuh dengan cabaran!!