CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

14 Ogos 2009

Hari Kedua...


Hari seterusnya pula saya dan team-team anak-anak Negeri Sembilan bangun seawal pagi lagi untuk bersedia melakukan aktiviti yang telah dijadualkan pada hari tersebut. Pada hari tersebut kami diminta untuk melakukan satu aktiviti yang sangat mencabar fizikal dan mental kami, iaitu berakit di arus deras (White Water Rafting) beserta BASE (BASE Jumping).

Erm..sudah tentu anda dapat membayangkan bagaimana mencabarnya aktiviti tersebut.Pelbagai rintangan yang kami tempuhi ketika berada di arus sungai yang deras. Kami juga turut dibekalkan dengan jaket keselamatan serta alatan yang diperlukan. Sepanjang aktiviti tersebut kami ditemani oleh beberapa orang yang mahir tentang aktiviti ini. Tidak dinafikan perasaan letih semasa melawan arus sungai yang deras sangat menguji kesabaran saya.

Jarak yang bakal ditempuhi sepanjang pengembaraan ini ialah kira-kira 15 kilometer.Terdapat sejumlah 24 jeram yang diberi nama-nama unik seperti Salak Drop, Wall Drop, Lower Head Dam, Rodeo Rapid dan Cyclone Hole.

Taklimat tentang cara yng betul untuk memakai jaket PFD dan topi keledar diberikan malah turut menyentuh tentang teknik pengendalian rakit yang diperbuat daripada lapisan getah dan fabrik vinil bermutu tinggi. Kami difahamkan bahawa setiap rakit yang lengkap dengan peralatan harganya mencecah lebih RM10,000.

Aliaran jeram yang bergelora beserta airnya yang deras dan bertahtakan batu-batu licin itu sememangnya menimbulkan keresahan kepada sesiapa pun.
Rakit yang dikendali dioleng keras kekiri dan kekanan. Malah rakit juga dilambung dan dihempas kuat, sehinggakan semua orang jadi tidak keruan dan ada kalanya hampir hilang kawalan. Terjunan airnya yang mencecah ketinggian kira-kira 6 meter dan dibahagian bawahnya terdapat air yang membuak-buak, seolah-olah tidak sabar menunggu 'mangsanya'.

0 ulasan: